Menekankan tentang kemajuan dari aspek kualiti pendidikan, penubuhan Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) berperanan memenuhi tanggungjawab membentuk golongan pendidik yang bermutu dari segi penyampaian mahu pun pendidikan.

Ditubuhkan pada tahun 1994, KOPEDA telah memenuhi tanggungjawabnya dimana, dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Univerisiti Putra Malaysia, melahirkan para pendidik yang berkaliber dan bertauliah dalam aspek Bimbingan dan Kaunseling, TESL (Teaching English as Second Language) dan juga Bahasa Malaysia.

Disamping itu, KOPEDA dengan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menjalankan program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (kursus dalam cuti) (KPLI-KDC) yang mana tujuannya adalah mendedahkan dan menghasilkan tenaga pengajar dari golongan pemegang ijazah yang memiliki minat dan keazaman untuk menjadi seorang pendidik.

Melangkau kedalam abad baru, KOPEDA telah mengembangkan lagi prospek pengajiannya dengan memperkenalkan beberapa kursus dan program baru.

Di antara program yang dikendalikan oleh KOPEDA adalah :-

 

1. Program KOPEDA-IBE (Institute of Business Executives)

2. Program Persediaan Guru Pra-Sekolah (dikemaskini)

3. Program Kursus Perguruan Asas (KPA) (terkini)

4. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) (terkini)