KURSUS PERGURUAN ASAS (KPA)
(BASIC TEACHERS COURSE)
MENGENAI KURSUS
THE COURSE
Sehingga 1997 Kursus Perguruan Asas (KPA) ini telah dikendalikan di maktab-maktab perguruan Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru bukan siswazah. Tetapi mulai dengan pengambilan
1996 program ini telah ditingkatkan ke peringkat diploma dan diberi nama Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) dengan peningkatan ini tempoh masa
kursus telah dilanjutkan kepada 3 tahun bagi sepenuh
masa dan 3 tahun 9 bulan bagi
kursus dalam cuti.
KOPEDA
telah berkerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian
Pendidikan sepanjang 1997
2000 bagi mengendali KPA ini yang identikal dengan KPA yang dikendalikan di maktab-maktab perguruannya dengan sijilnya juga dianugerahkan oleh Kementerian. KPA dikendalikan
secara kuliah, modul dan praktikum
dalam bentuk kursus dalam cuti
(KDC) dan berlangsung sepanjang 2 tahun.
Selepas pemansuhan kursus ini oleh
Kementerian maka KOPEDA telah diberi kelulusan
oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)/Lembaga Akreditasi Negara (LAN) untuk meneruskan pengendalian kursus yang sama tetapi dengan
KOPEDA sendiri menganugerahkan
sijilnya Rujukan:
KP(JPS)5195/488/Jld.1(63). Pengendalian oleh KOPEDA ini hendaklah berasaskan kepada format dan bentuk KPA seperti mana yang telah dikendalikan dahulu dengan kerjasama BPG, iaitu dari segi
kurikulumnya, jumlah jam interaksi minimum, penilaian/peperiksaan
dan sebagainya.
Until 1997 this basic teacher-training course (Kursus Perguruan Asas KPA) was conducted in the teacher-training colleges
of the Ministry of Education for all prospective non-graduate teachers. But beginning with the 1996 intake, this programme was upgraded to diploma known as Kursus Diploma Perguruan
KOPEDA
had collaborated with Bahagian Pendidikan
Guru (BPG), Kementerian Pendidikan,
during the 1997 2000 period to conduct the KPA for
private teachers and those employed by state/statutory bodies. The KPA conducted is identical in all respect
with the one conducted by the Ministry, with the latter also awarding the
certificate. This course is conducted
during school holidays over a period of 2 years and comprises lectures, modules and practicum.
After
its abolition by the Ministry, KOPEDA was given approval by the Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)/Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Kementerian
Pendidikan, to continue conducting the course with
itself issuing the certificate Ref.: KP(JPS)5195/488/Jld.1(63). The conduct of this course by KOPEDA must be
based on the form and format of the KPA hitherto conducted with the cooperation
of the BPG, in respect of its curriculum, the minimum contact hours, the
evaluation/examination, etc
MENGENAI PESERTA
THE PARTICIPANT
Kursus ini dibuka untuk
semua pemegang SPM/SPM(V) atau kelulusan-kelulusan
yang setaraf dengannya, dan berkelulusan yang baik dalam mata
pelajaran mata pelajaran yang akan dijadikan bidang pengkhususan.
This course is open to all SPM/SPM(V)
holders and those with equivalent qualifications, with strong passes in
subjects intended for specialization.
TEMPOH MASA KURSUS
COURSE DURATION
Kursus ini berjalan pada
setiap cuti sekolah selama 2 tahun, iaitu sepanjang
19 minggu. Bagaimanapun, tempoh masa ini
boleh dikurangkan lagi sekiranya para peserta bersedia
menyulamkannya dengan beberapa hujung minggu berkursus. Tarikh permulaan kursus
adalah tercatat dalam Borang Permohonan.
This course is conducted during school holidays over a span
of 2 years and covering a period of 19 weeks.
However, this duration can be further shortened if participants are
prepared to intersperse it with weekends.
The date the course is scheduled to start is stated in the Application
Form.
MENGENAI YURAN
THE FEE
Yuran pendaftaran bagi setiap permohonan adalah RM100.00 RM75.00 daripada
yuran ini dikembalikan kepada para pemohon yang tidak berjaya, dan RM25.00 bakinya dikenakan bagi kos pengurusan
di KOPEDA. Yuran
kursus adalah RM6,000.00 bagi keseluruhan
kursus dan pembayarannya boleh dilakukan secara beransur-ansur jika diperlukan.
The registration fee for the course is RM100.00
RM75.00 will be reimbursed if applicants are unsuccessful and the balance of
RM25.00 to be retained for administrative costs. The course fee is RM6,000.00
for the whole course, payable in instalments if
required.
CARA MEMOHON
APPLICATION PROCEDURE
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang disediakan oleh KOPEDA secara percuma atau anda boleh download dari halam ini, di sini. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi, salinan dokumen-dokumen berkaitan, serta Wang Pos/Kiriman Wang RM100.00 dibuat atas nama KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA hendaklah dihantar terus ke alamat berikut dan perlu sampai tidak lewat daripada tarikh yang tercatat dalam Borang Permohonan.
Application
should be made by filling up the Application Form provided by KOPEDA for free
or you can download it here. The completed form together with copies of
relevant documents and Postal Order/Money Order for the sum of RM100.00 in
favour of KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA has to be submitted directly to the
following address and to reach it not later than the date stated in the
Application Form.
KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA)
NO. 9, JALAN SEJAT, SEKSYEN 8/10
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P.: PENGURUS PROGRAM KPA)
KELEBIHAN
KURSUS
COURSE
ADVANTAGE
Penyertaan
dalam kursus ini akan
menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan dan profesionalisme guru yang menyertainya. Ia
juga penting sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan latihan guru diwajibkan ke atas
guru-guru swasta oleh Kementerian kelak.
Participation
in this course will enable participants to enhance their effectiveness and
professionalism as teachers. It is also
to prepare them in the event that teacher-training is made mandatory on
teachers in the private sector by the Ministry.