PROGRAM INSTITUTE
OF BUSINESS EXECUTIVES (IBE) MALAYSIA ·
Accounting
(Perakaunan) ·
Management
(Pengurusan) ·
Information
System (Sistem Maklumat)
PENGENALAN
Kursus ini merupakan satu program diploma professional Malaysia yang
memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan Ijazah secara lebih
fleksibel, sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.
Program ini dijalankan oleh Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)
secara usahasama dengan Institute of Business Executives (IBE) / Institut
Eksekutif Perniagaan, iaitu sebuah badan profesional di Malaysia.
Program ini memang mendapat pengiktirafan kerana telah mendapat
kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia. KELAYAKAN
MASUK Pemohon hendaklah lulus SPM/SPMV dengan 5 kepujian, termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik; atau lain-lain kelayakan yang setara. Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum masih boleh mendaftarkan diri untuk program ini tetapi mereka dikehendaki mengambil beberapa mata pelajaran tambahan untuk melengkapkan kelayakan mereka yang dikenali sebagai IBE Plus. Sekiranya pemohon mempunyai kelayakan masuk yang lebih tinggi, contohnya STPM, pengecualian daripada mengambil mata pelajaran tertentu yang pelajar telah lulus akan diberikan jika berkenaan. PERHATIAN KHAS Para pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM boleh juga memohon dan mereka ini akan menyertai kursus IBE PLUS yang akan bermula pada awal Januari. PELAKSANAAN
KURSUS Kursus ini terbahagi kepada tiga peringkat. Tempoh kursus bagi setiap peringkat ialah 1 tahun terbahagi kepada 3 semester iaitu selama 14 minggu bagi setiap semester.
Setelah menamatkan 24 mata pelajaran di bawah program IBE, pelajar boleh menyambung ke tahun akhir peringkat Ijazah Pertama Universiti dengan menyempurnakan 8 lagi mata pelajaran tambahan.. Pelajar boleh memilih untuk menghabiskan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti berikut: (a) University of Wales (UK) (b) Ballarat University (Australia) (c) Oklahoma City University (USA) (d) Nelson Institute of Technology (New Zealand) (e) Lain-lain Universiti yang ditokokkan dari semasa ke semasa Selain
daripada itu, pelajar yang tamat mana-mana tahap (level) akan diberi
keahlian IBE yang berkaitan. Ianya akan melayakkan pelajar untuk memohon
masuk ke program Ijazah Sarjana Muda universiti U.K./Australia/New Zealand
atau U.S.A. seperti berikut:
BAHASA
PENGANTAR Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, kecuali bagi 4 mata pelajaran tertentu yang diwajibkan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Pelajar akan dibantu dengan berbagai cara bagi menguasai Bahasa Inggeris sepanjang kursus ini. YURAN
KURSUS
Jumlah yuran serta cara pembayaran yang perlu dibuat akan
dijelaskan secara terperinci dalam satu perjumpaan khas yang dirancangkan
di kalangan para pemohon, iaitu selain daripada penerangan ke atas
aspek-aspek kursus yang lain. KURIKULUM
& PENILAIAN Kursus ini menggunakan sepenuhnya kurikulum yang disediakan oleh IBE. Penilaian terhadap pencapaian pelajar bagi setiap mata pelajaran terbahagi kepada dua bahagian. Penilaian berterusan yang terdiri daripada kehadiran dan penglibatan dalam kelas, tugasan dan peperiksaan pertengahan semester merangkumi 40 peratus, manakala peperiksaan akhir pula merangkumi 60 peratus. Maklumat terperinci mengenai struktur dan pelaksanaan kursus adalah dilampirkan.
TEMPAT
KURSUS Program IBE akan dikendalikan oleh Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) di alamat berikut: KOLEJ
PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA) NO.
1, 9 & 17, JALAN SEJAT 8/10 40000
SHAH ALAM SELANGOR
DARUL EHSAN NO.
TELEFON: 03-55103375 &
03-55103376 NO.
FAKSIMILI: 03-55103409 E-MAIL: dhaj@tm.net.my
CARA
MEMOHON & SESI KEMASUKAN Pengambilan
untuk program IBE dibuat TIGA kali setahun iaitu pada bulan
Disember/Januari, Mac (selepas Keputusan SPM) dan Jun.
Borang Permohonan boleh diperolehi daripada KOPEDA dengan
menghubungi alamat yang dinyatakan di atas. Atau ‘download’ borang permohonan di sini, lengkapkan dan hantarkan ke alamat seperti di atas.
atau Sila ke halaman penjadualan kursus |