MENGENAI

PROGRAM KURSUS PERGURUAN PRASEKOLAH

 

 

 

Pembaharuan kelulusan ke atas Kursus Perguruan Prasekolah ini telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)/ Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Kementerian Pendidikan pada 19 Disember 2000 – Rujukan: KP(JPS)5195/488/Jld.1(63). 

 

Kursus ini dikendalikan sendiri oleh KOPEDA.  Walau bagaimanapun, kursus ini dilaksanakan berpandukan Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia (1998), yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Ianya merangkumi komponen-komponen berikut:

 

(a)   Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Prasekolah;

(b)   Psikologi Kanak-kanak;

(c)   Pengurusan dan Pengelolaan Program Prasekolah;

(d)   Kurikulum dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pendidikan Prasekolah;

(e)   BahasaBahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;

(f)     Pemikiran Kreatif;

(g)   Pengesanan Kemajuan Kanak-kanak;

(h)   Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

(i)     Sumber Pengajaran dan Pembelajaran;

(j)      Pendidikan Muzik;

(k)   Pengajian Malaysia.

 

Kursus ini dikendalikan dalam bentuk sepenuh masa selama 7 bulanbagaimanapun, bagi membolehkan penyertaan guru-guru yang sedang bertugas di pusat-pusat prasekolah, maka jadual khas adalah disediakan seperti berikut:

 

Struktur Kursus

 

KULIAH

Cuti

KULIAH

Peperiksaan

14 Minggu

1 Minggu

14 Minggu

1 Minggu

 

Praktikum

               

4 Minggu

 

 

Jadual Kuliah

 

Hari

Masa Kuliah

Bil. Jam/Minggu

Isnin - Khamis

02.30 – 04.30 & 04.45 – 06.45 petang

16

Jumaat

03.30 – 06.30 petang

  3

Sabtu

08.00 – 10.00 pagi & 10.30 – 12.30 tgh.

  4

JUMLAH JAM KULIAH SEMINGGU

 23

 

Peserta-peserta yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Perguruan Prasekolah oleh KOPEDA di akhir kursus pengajian mereka.

 

 

 

TEMPOH &

TARIKH KURSUS

 

Tempoh Kursus         :  30 Minggu (02 April – 27 Oktober 2001)

Struktur Kursus          :  50 Jam Kredit (48 Kredit/672 Jam Kuliah + 2 Kredit/4 Minggu Praktikum)

 

 

TEMPAT

KURSUS DIJALANKAN

 

Kursus Perguruan Prasekolah dijalankan di KOPEDA yang terletak dI:

 

No. 1, 9 & 17, Jalan Sejat 8/10

Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

 

 

MENGENAI

YURAN KURSUS

 

Yuran kursus adalah seperti berikut

           

Yuran Pendaftaran                            RM    50.00

(RM40.00 dikembalikan kepada pemohon jika permohonan tidak berjaya)

Yuran Kursus                         RM2500.00

(Bayaran secara ansuran dibenarkan sekiranya perlu)

 

 

KELAYAKAN

DIPERLUKAN OLEH PEMOHON

 

Pemohon yang ingin mengikuti Kursus Perguruan Prasekolah di KOPEDA hendaklah memenuhi kelayakan minimum berikut:

 

(a)              Lulus SPM/SPM(V); atau

(b)              Lain-lain kelayakan yang setaraf dengannya.

 

CARA

MEMBUAT PERMOHONAN

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan mematuhi peraturan berikut:

 

(a)           Menggunakan Borang Permohonan yang disediakan oleh KOPEDA secara percuma.  Walau bagaimanapun, Borang Permohonan yang difotostat juga boleh diterima oleh KOPEDA; atau “download” dari halaman ini, di sini

 

(b)         Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan;

 

(c)         Menyertakan Yuran Pendaftaran RM50.00 dalam bentuk Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA;

 

(d)         Menghantar permohonan beserta lain-lain dokumen yang dinyatakan di atas terus kepada:

 

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA

NO. 9A, JALAN SEJAT 8/10

40000 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

(U.P.: PENGURUS PROGRAM PRASEKOLAH)

 

Kembali ke Laman Utama