PROGRAM

INSTITUTE OF BUSINESS EXECUTIVES (IBE) MALAYSIA

·        Accounting (Perakaunan)

·        Management (Pengurusan)

·        Information System (Sistem Maklumat)

 

 PENGENALAN

     Kursus ini merupakan satu program diploma professional Malaysia yang memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan Ijazah secara lebih fleksibel, sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.  Program ini dijalankan oleh Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) secara usahasama dengan Institute of Business Executives (IBE) / Institut Eksekutif Perniagaan, iaitu sebuah badan profesional di Malaysia.  Program ini memang mendapat pengiktirafan kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KELAYAKAN MASUK 

Pemohon hendaklah lulus SPM/SPMV dengan 5 kepujian, termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik; atau lain-lain kelayakan yang setara.  Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum masih boleh mendaftarkan diri untuk program ini tetapi mereka dikehendaki mengambil beberapa mata pelajaran tambahan untuk melengkapkan kelayakan mereka yang dikenali sebagai IBE Plus. Sekiranya pemohon mempunyai kelayakan masuk yang lebih tinggi, contohnya STPM, pengecualian daripada mengambil mata pelajaran tertentu yang pelajar telah lulus akan diberikan jika berkenaan.

PERHATIAN KHAS

Para pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM boleh juga memohon dan mereka ini akan menyertai kursus IBE PLUS yang akan bermula pada awal Januari.

PELAKSANAAN KURSUS

 Kursus ini terbahagi kepada tiga peringkat. Tempoh kursus bagi setiap peringkat ialah 1 tahun terbahagi kepada 3 semester iaitu selama 14 minggu bagi setiap semester.

 

Peringkat (Level)

Program IBE

Bilangan Mata Pelajaran

Major + Teras + Elektif

Associate Level        (Tahun 1)

8

Member Level         (Tahun 2)

8

Senior Member Level (Tahun 3)

8

JUMLAH MATA PELAJARAN

24

 

 

Setelah menamatkan 24 mata pelajaran di bawah program IBE, pelajar boleh menyambung ke tahun akhir peringkat Ijazah Pertama Universiti dengan menyempurnakan 8 lagi mata pelajaran tambahan..

 

Pelajar boleh memilih untuk menghabiskan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti berikut:

 

(a)  University of Wales (UK)

(b)  Ballarat University (Australia)

(c)  Oklahoma City University (USA)

(d)  Nelson Institute of Technology (New Zealand)

(e)  Lain-lain Universiti yang ditokokkan dari semasa ke semasa

 

Selain daripada itu, pelajar yang tamat mana-mana tahap (level) akan diberi keahlian IBE yang berkaitan. Ianya akan melayakkan pelajar untuk memohon masuk ke program Ijazah Sarjana Muda universiti U.K./Australia/New Zealand atau U.S.A. seperti berikut:

 

Program

Anjuran IBE

Pindahan Ke Ijazah U.K./Aust./N.Z.

Pindahan Ke Ijazah

U.S.A

 Associateship Programme

 

Tahun 1

 Tahun 2

 Membership Programme

 

Tahun 2

Tahun 3

 Senior Membership

 Programme

Tahun 3 (Akhir)

Tahun 4 (Akhir)

 Fellow Programme

 

Ijazah MBA/MA/MSc.

 

BAHASA PENGANTAR

        Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, kecuali bagi 4 mata pelajaran tertentu yang diwajibkan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Pelajar akan dibantu dengan berbagai cara bagi menguasai Bahasa Inggeris sepanjang kursus ini.

YURAN KURSUS 

        Jumlah yuran serta cara pembayaran yang perlu dibuat akan dijelaskan secara terperinci dalam satu perjumpaan khas yang dirancangkan di kalangan para pemohon, iaitu selain daripada penerangan ke atas aspek-aspek kursus yang lain. 

KURIKULUM & PENILAIAN

Kursus ini menggunakan sepenuhnya kurikulum yang disediakan oleh IBE. Penilaian terhadap pencapaian pelajar bagi setiap mata pelajaran terbahagi kepada dua bahagian.  Penilaian berterusan yang terdiri daripada kehadiran dan penglibatan dalam kelas, tugasan dan peperiksaan pertengahan semester merangkumi 40 peratus, manakala peperiksaan akhir pula merangkumi 60 peratus. Maklumat terperinci mengenai struktur dan pelaksanaan kursus adalah dilampirkan.

 

TEMPAT KURSUS

Program IBE akan dikendalikan oleh Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) di alamat berikut:

 

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA)

NO. 1, 9 & 17, JALAN SEJAT 8/10

40000 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

NO. TELEFON:  03-55103375 & 03-55103376

NO. FAKSIMILI: 03-55103409 E-MAIL: dhaj@tm.net.my

 

 

CARA MEMOHON & SESI KEMASUKAN

 Pengambilan untuk program IBE dibuat TIGA kali setahun iaitu pada bulan Disember/Januari, Mac (selepas Keputusan SPM) dan Jun.  Borang Permohonan boleh diperolehi daripada KOPEDA dengan menghubungi alamat yang dinyatakan di atas.

Atau 

download’ borang permohonan di sini, lengkapkan dan hantarkan ke alamat seperti di atas.

 

Kembali ke halaman utama

atau

Sila ke halaman penjadualan kursus