Penerangan Mengenai

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

 

Pengenalan

 

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) adalah sebuah program latihan perguruan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan di maktab-maktab perguruan.

 

Mulai daripada tahun 1994, Kementerian Pendidikan telah memberi kebenaran kepada KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA) untuk melaksanakan program ini secara bekerjasama dengan agensinya iaitu  BPG.  Kerjasama yang diberikan adalah dalam bentuk:

 

a)      menggunasama kurikulum  BPG.

b)      mengambil peperiksaan yang sama yang dianjurkan oleh BPG di maktab-maktab perguruan.

c)      menerima Diploma KPLI yang sama yang dianugerahkan oleh BPG kepada pelajar maktab perguruan.

 

 

KURIKULUM

 

Komponen dan mata pelajaran kurikulum KPLI adalah seperti berikut :

 

Bil

Komponen

Kredit

Mata Pelajaran

1.

Dinamika Guru

9

1.1             Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif.

1.2             Teknologi Maklumat

1.3             Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau Pendidikan Moral & Tamadun Islam.

1.4             Pendidikan Alam Sekitar

1.5             Kemahiran Komunikasi Sosial –

            Bahasa Melayu Kini.

 

2.

Pendidikan

Pengkhususan

13

22

 

Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 1)

Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 2)

 

3.

Elektif

3

Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan pengajian pengkhususan)

 

4.

Gerakerja

Ko-Kurikulum (GERKO)

 

3

Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan Sukan

5.

Praktikum

7

Latihan Mengajar di Sekolah

 

PENGKHUSUSAN & BAHASA PENGANTAR

 

KOPEDA menawarkan pilihan pengkhususan mata pelajaran seperti berikut:

 

a)            Pengajian Melayu

b)           Pengajian Inggeris

c)            Pengajian Agama Islam

d)           Pengajian Matematik

 

Pengajian pengkhususan mata pelajaran lain boleh dipertimbangkan sekiranya permohonan yang diterima mengcukupi.

 

Bahasa pengantar kuliah ialah Bahasa Malaysia.

 

 

TEMPOH & TARIKH KURSUS

 

Tempoh kursus ialah 2 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut cuti sekolah iaitu seperti berikut:

 

Peringkat

Cuti Sekolah

Perkara (Pengisian)

Tempoh (Bil. Minggu)

1

Mei – Jun 2001

Kuliah

1

2

Sep. 2001

Kuliah

1

3

Nov. – Dis 2001

Kuliah

5

4

Feb. 2002

Kuliah

1

5

Mei 2002

Kuliah

1

6

Sep. 2002

Kuliah

1

7

Nov. – Dis 2002

Kuliah

5

8

Feb. 2002

Kuliah

1

9

Feb. 2003

Kuliah

1

 

Apr. – Mei 2003

Peperiksaan Akhir

1

 

JUMLAH BILANGAN MINGGU

SEPANJANG KURSUS

 

17

 

                       

TEMPAT KURSUS

    

Kursus ini dijalankan di 3 pusat kursus iaitu:

 

a)            KOPEDA - Shah Alam, Selangor

b)            Maktab Perguruan Gaya - Kota Kinabalu, Sabah

c)     Maktab Perguruan Batu Lintang - Kuching Sarawak

KELAYAKAN MASUK

 

Kelayakan minimum untuk mengikuti program ini ialah Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Surat  pengesahan nilaitara JPA perlu disertakan bagi ijazah dari universiti swasta dan luar negara;

 

 

YURAN KURSUS

 

Bayaran yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:

 

a)           Bayaran proses dan pendaftaran ialah  RM 100.00

(hendaklah dijelaskan semasa membuat permohonan)

 

b)           Yuran Kursus ialah RM 7250.00

(boleh dibayar secara berperingkat mengikut pelaksanaan kursus)

 

 

CARA MEMOHON

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan memenuhi peraturan-peraturan berikut:

 

a)          Sila gunakan Borang Permohonan yang disediakan oleh KOPEDA. (Borang Permohonan ini boleh diperbanyakan secara fotostat jika diperlukan);

atau download“ dari halaman ini, di sini

 

b)          Sertakan salinan dokumen-dokumen berikut:

(i)            Kad Pengenalan

(ii)          SPM

(iii)        STPM/Diploma & Transkrip (Jika ada)

(iv)        Ijazah Universiti dan Transkrip

 

c)           Menyertakan bayaran proses dan pendaftaran sebanyak RM100.00 melalui wang pos atau kiriman wang yang dibuat atas nama KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA.

 

d)          Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar terus kepada:

 

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA(KOPEDA)

NO.9A, JALAN SEJAT 8/10

40000 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

(U.P.: PENGURUS PROGRAM KPLI)

1. Kembali ke Laman Utama