Penerangan Ringkas Mengenai

 Brief Introduction On:

 

KURSUS PERGURUAN ASAS (KPA)

(BASIC TEACHERS’ COURSE)

 

MENGENAI KURSUS

THE COURSE

 

Sehingga 1997 Kursus Perguruan Asas (KPA) ini telah dikendalikan di maktab-maktab perguruan Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru bukan siswazah.  Tetapi mulai dengan pengambilan 1996 program ini telah ditingkatkan ke peringkat diploma dan diberi nama Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) – dengan peningkatan ini tempoh masa kursus telah dilanjutkan kepada 3 tahun bagi sepenuh masa dan 3 tahun 9 bulan bagi kursus dalam cuti. 

 

KOPEDA telah berkerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan sepanjang 1997 – 2000 bagi mengendali KPA ini yang identikal dengan KPA yang dikendalikan di maktab-maktab perguruannya dengan sijilnya juga dianugerahkan oleh Kementerian.  KPA dikendalikan secara kuliah, modul dan praktikum dalam bentuk kursus dalam cuti (KDC) dan berlangsung sepanjang 2 tahun. 

 

Selepas pemansuhan kursus ini oleh Kementerian maka KOPEDA telah diberi kelulusan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)/Lembaga Akreditasi Negara (LAN) untuk meneruskan pengendalian kursus yang sama tetapi dengan KOPEDA sendiri menganugerahkan sijilnya – Rujukan: KP(JPS)5195/488/Jld.1(63). Pengendalian oleh KOPEDA ini hendaklah berasaskan kepada format dan bentuk KPA seperti mana yang telah dikendalikan dahulu dengan kerjasama BPG, iaitu dari segi kurikulumnya, jumlah jam interaksi minimum, penilaian/peperiksaan dan sebagainya.

 

Until 1997 this basic teacher-training course (Kursus Perguruan Asas – KPA) was conducted in the teacher-training colleges of the Ministry of Education for all prospective non-graduate teachers.  But beginning with the 1996 intake, this programme was upgraded to diploma known as ‘Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)’ – with this upgrading the course duration has been extended to 3 years for full time and 3 years 9 months for part-time/holiday courses.

 

KOPEDA had collaborated with Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan, during the 1997 – 2000 period to conduct the KPA for private teachers and those employed by state/statutory bodies.  The KPA conducted is identical in all respect with the one conducted by the Ministry, with the latter also awarding the certificate.  This course is conducted during school holidays over a period of 2 years and comprises  lectures, modules and practicum. 

 

After its abolition by the Ministry, KOPEDA was given approval by the Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)/Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Kementerian Pendidikan, to continue conducting the course with itself issuing the certificate – Ref.: KP(JPS)5195/488/Jld.1(63).  The conduct of this course by KOPEDA must be based on the form and format of the KPA hitherto conducted with the cooperation of the BPG, in respect of its curriculum, the minimum contact hours, the evaluation/examination, etc

 

 

MENGENAI PESERTA

THE PARTICIPANT

 

Kursus ini dibuka untuk semua pemegang SPM/SPM(V) atau kelulusan-kelulusan yang setaraf dengannya, dan berkelulusan yang baik dalam mata pelajaran mata pelajaran yang akan dijadikan bidang pengkhususan.

 

This course is open to all SPM/SPM(V) holders and those with equivalent qualifications, with strong passes in subjects intended for specialization.

 

 

TEMPOH MASA KURSUS

COURSE DURATION

 

Kursus ini berjalan pada setiap cuti sekolah selama 2 tahun, iaitu sepanjang 19 minggu.  Bagaimanapun, tempoh masa ini boleh dikurangkan lagi sekiranya para peserta bersedia menyulamkannya dengan beberapa hujung minggu berkursus.   Tarikh permulaan kursus adalah tercatat dalam Borang Permohonan.

 

This course is conducted during school holidays over a span of 2 years and covering a period of 19 weeks.  However, this duration can be further shortened if participants are prepared to intersperse it with weekends.  The date the course is scheduled to start is stated in the Application Form.

 

 

MENGENAI YURAN

THE FEE

 

Yuran pendaftaran bagi setiap permohonan adalah RM100.00 – RM75.00 daripada yuran ini dikembalikan kepada para pemohon yang tidak berjaya, dan RM25.00 bakinya dikenakan bagi kos pengurusan di KOPEDA.  Yuran kursus adalah RM6,000.00 bagi keseluruhan kursus dan pembayarannya boleh dilakukan secara beransur-ansur jika diperlukan.

 

The registration fee for the course is RM100.00 – RM75.00 will be reimbursed if applicants are unsuccessful and the balance of RM25.00 to be retained for administrative costs.  The course fee is RM6,000.00 for the whole course, payable in instalments if required.

 

 

CARA MEMOHON

APPLICATION PROCEDURE

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang disediakan oleh KOPEDA secara percuma atau anda boleh download dari halam ini, di sini.  Borang Permohonan yang telah lengkap diisi, salinan dokumen-dokumen berkaitan, serta Wang Pos/Kiriman Wang RM100.00 dibuat atas nama KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA hendaklah dihantar terus ke alamat berikut dan perlu sampai tidak lewat daripada tarikh yang tercatat dalam Borang Permohonan.

 

Application should be made by filling up the Application Form provided by KOPEDA for free or you can download it here.  The completed form together with copies of relevant documents and Postal Order/Money Order for the sum of RM100.00 in favour of KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA has to be submitted directly to the following address and to reach it not later than the date stated in the Application Form.

 

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA)

NO. 9, JALAN SEJAT, SEKSYEN 8/10

40000 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

(U.P.: PENGURUS PROGRAM KPA)

 

 

KELEBIHAN KURSUS

COURSE ADVANTAGE

 

Penyertaan dalam kursus ini akan menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan dan profesionalisme guru yang menyertainya.  Ia juga penting sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan latihan guru diwajibkan ke atas guru-guru swasta oleh Kementerian kelak.

 

Participation in this course will enable participants to enhance their effectiveness and professionalism as teachers.  It is also to prepare them in the event that teacher-training is made mandatory on teachers in the private sector by the Ministry.

 

 

 

 

 

1. Kembali ke Laman Utama